Arsip

Archive for Kamis, 5 Mei 2011

CINTA FITRI


http://wp.me/pevle-3cF

Best Couple : Teuku Wisnu - Shireen Sungkar

MUNGKIN tak banyak yang tahu kalau Rizky Hanggono sempat bermain di sinetron Cinta Fitri.

Lawan main Dian Sastrowardoyo dalam Ungu Violet ini berperan sebagai Firman, calon suami Fitri (Shireen Sungkar) yang akhirnya meninggal.

Belakangan, TV9 Malaysia gencar menayangkan promo Cinta Fitri. Namun, ‘penampakan’ Teuku Wisnu, sang aktor utama justru hanya sekitar 3 detik.

Promo sinetron yang menyapa masyarakat Malaysia mulai 9 Mei itu malah lebih banyak menyorot adegan romantis Rizky Hanggono-Shireen Sungkar. Berikut official promo yang diambil dari channel resmi TV9 di Youtube.

Teuku Wisnu - Shireen Sungkar Best Couple di Era Modern Industri Hiburan Tanah Air

Cinta Fitri

Cinta pilihan sendiri atau pilihan keluarga yang akan membawa bahagia? Itulah yang bakal dirungkapkan menerusi CINTA FITRI, drama seberang yang bakal ditayangkan di TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengahari bermula 9 Mei ini. Drama ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan sehingga dipanjangkan sehingga ke tujuh musim ini pernah menerima Anugerah Gobel Panasonic bagi tahun 2010 dan 2011.

Pelakon-pelakon terkenal yang membintangi Cinta Fitri ini semuanya yang hebat dan diiktirafkan di dalam Anugerah SCTV 2010; Teuku Wisnu (Pelakon Lelaki Terbaik), Adly Fairus (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Shireen Sungkar (Pelakon Wanita Terbaik) dan Dinda Kanya Dewi (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik). Pelbagai Anugerah yang diterima menerusi drama dan juga barisan pelakon ini sememangnya menguatkan lagi bahawa ianya merupakan drama bersiri yang mempunyai jalan penceritaan yang menrik dan merupakan salah satu drama bersiri yang “mesti tonton” di TV9.

Teuku Wisnu Shireen Sungkar gandengan

Cinta Fitri bermula dengan kehidupan seorang anak gadis bernama Fitri lakonan Shireen Sungkar yang baik hati dan dibesarkan oleh makciknya sejak kecil kerana ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Fitri mempunyai kekasih bernama Firman dan tinggal di Jakarta. Suatu hari, Fitri telah berangkat ke Jakarta untuk bertemu dengan bakal keluarga mertuanya. Kegembiraan yang diimpikan selama ini bertukar menjadi mimpi ngeri buat Fitri kerana setibanya di rumah Firman, Fitri disambut dengan kedukaan dan kekecewaan apabila melihat kubur Firman. Fitri perlu tabah menghadapi segalanya tanpa bakal suami yang sepatutnya dikahwini. Fitri ingin mencari kerja di Jakarta kerana tidak mahu membuatkan makciknya berasa sedih. Nasib tidak menyebelahinya apabila duitnya dicuri ketika berada di terminal bas. Fitri berusaha mencari pekerjaan bagi menampung kehidupannya di kota besar itu. Akhirnya dia bekerja di sebuah warung nasi soto milik Maya.

Maya merupakan anak hartawan yang dihalau dari rumah akibat mengahwini suaminya Bram, seorang lelaki yang miskin. Hutama, bapa kepada Maya tidak merestui perkahwinan mereka. Pada masa yang sama, Moza yang juga merupakan anak orang kaya telah dijodohkan dengan Farrel tetapi Farrel tidak mempunyai hati terhadap Moza kerana telah kecewa ditinggalkan kekasihnya yang belajar di luar negara iaitu Mischa. Sejak ketiadaan Mischa, Farrel telah jatuh hati dengan Fitri namun hubungan mereka sentiasa diganggu oleh Moza.

Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar Pasangan Sinetron Romantis

Hubungan cinta Fitri dan Farrel begitu kukuh sehingga berjaya membuatkan Moza tersingkir di dalam hidup Farrel. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Mischa, bekas teman wanita Farrel muncul. Ini membuatkan Farrel menjadi semakin keliru dan berbelah bahagi kerana Farrel menyayangi kedua-duanya. Apakah keputusan yang bakal diambil oleh Farrel? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan CINTA FITRI yang bakal disiarkan menerusi TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengahari bermula 9 Mei ini.

Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar (Pasangan Selebritas)

Inilah Casts / Para Pemain Sinetron Cinta Fitri Season 7

  • Teuku Wisnu sebagai Farrel Emeraldi Hutama (suami Fitri)
  • Shireen Sungkar sebagai Fitri Rahayu
  • Dinda Kanya Dewi sebagai Sarah aka Mischa
  • Adly Fairuz sebagai Aldo
  • Donita sebagai Moza (istri Aldo)
  • Iqbal Pakula sebagai Bram (suami Maya)
  • Verlyta Evelyn sebagai Maya Emeraldi Hutama (kakak Farrel)
  • Lian Firman sebagai Hadi (suami Kayla)
  • Nuri Maulida sebagai Kayla Emeraldi Hutama (adik Farrel)
  • Sandy Syarief sebagai Faiz
  • Irene Librawati sebagai Lia Emeraldi Hutama (Mami)
  • Arthur Tobing sebagai Iman (ayah Aldo & Norman)
  • Bemby Putuanda sebagai Norman
  • Meidiana Hutomo sebagai Rini (bulek Fitri)
  • Cahya Rizky Zaputra sebagai Raja (Raffa, putra sulung Farrel-Fitri yg diculik Mischa)
  • Wesley Andrew sebagai Rifky Emeraldi Hutama (putra bungsu Farrel-Fitri)
  • Gaxel Anyndra Shanie sebagai Aliza (putri Aldo-Moza)
  • Didit Aditya sebagai Alif (putra sulung Bram-Maya)
  • Suheil sebagai Arya (putra kedua Bram-Maya)
  • Marsha Aruan sebagai Abel (putri Hadi)
  • Dea Lestari sebagai Rita Anggraeni
  • Rama Michael sebagai Ferdy (suami Sarah)
  • Louise Anastasya sebagai dr. Sita (boneka Mischa, muncul di eps. 33)
  • Celia Nadia Agatha Thomas sebagai Nadine (putri Mischa)
  • Rio Bhaskara sebagai Yuga (putra Norman)
  • Djalu sebagai Bemo (Koko Wijanarko)
  • Bobby Rachman sebagai Cecep
  • Hendrik Beta sebagai Beta

Lagu Tema / Judul Soundtrack : Cinta Kita
Penyanyi : Teuku Wisnu ft. Shireen Sungkar
Cerita & Skenario : Lintang Wardani / Tim MD
Sutradara : H. Encep Masduki
Produser : Manoj – Dhamoo Punjabi
Produksi : MD Entertainment © 2011
Perdana Tayang : Mulai 17 Januari 2011
Jadwal Tayang : Setiap Hari pukul 20:00 WIB


Label Rating : Remaja(R), Bimbingan Orang Tua (BO)

Credit to: Twitter @pangeran229 @GAULTEENMENT @teukuwisnu2 @shireensungkar @dindakanyaa @louiseans * http://www.google.co.id/  * Panditio Rayendra untuk Tabloid Bintang * Promo2Tv9’s channel untuk http://www.youtube.com/ * http://www.tv9.com.my/ * and all sources for the informations, and pictures.

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 62.059 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: